SKINCARE ROUTINE
Jom tengok routine mudah yang korang perlu buat dengan skincare korang ok. Ini melibatkan apa nak buat pada waktu PAGI, MALAM, MINGGUAN, BULANAN dan amalkan sebagai HABIT.
PAGI
Cucilah
muka setiap pagi dengan pencuci muka kegemaran korang tu. Cuci slow-slow je
jangan tenyeh kuat, korang tido je kot semalam bukan buat kerja bendang kan? Kemudian
lap dengan tuala bersih. Time masih lembap lembap gitu, terus sapukan toner
(jika ada) dan moisturizer. Sebaiknya moisturizer yang ada SPF sebab siang hari
ni sinar UV yang boleh merosakkan kulit korang tu.
MALAM
Dah
balik dari outing, bekerja so whatever aktiviti korang tu, buang semua make up
dengan make up remover. Sekarang ada dalam bentuk tissue kan> ha, pergi
cari. Pastikan korang jangan tertinggal cuci muka sebelum tidur ok. Pastu kalau
ada Eye Cream silalah sapu kalau takde takpe je. Then mesti sapu krim malam/ night
time moisturizer korang, biasanya yang
takde SPF. Ingat kulit berminyak tak perlu moisturizer malam-malam?
MINGGUAN
Perkara
yang boleh dilakukan secara mingguan ialah Exfoliation. Dapatkan scrub yang
sesuai untuk lakukan ini. Penggelupasan lembut ini tujuannya untuk menanggalkan
kulit-kulit mati. Bila kulit mati dibuang secara routine, kulit korang yang
kusam tu dah berganti lebih glowing. Kemudian lakukan masker muka. Tak lama pun
20minit je kot.
BULANAN
Jika
ada budget, boleh dapatkan professional facial di mana-mana spa atau butik
kecantikan. Ini untuk mendapatkan rawatan pakar tentang kondisi kulit anda. Kemudian
sebulan sekali, cuci brush make up tu untuk menjamin kebersihannya. Takdelah
masalah muka rupanya bukan disebabkan salah skincare tapi rupanya sebab brush
tak pernah cuci sejak beli.
HABIT
Kalau
nak cantik, sihat bertenaga mestilah bermula dengan habit yang bagus. Sentiasa
amalkan minum air masak dengan cukup. Kebanyakkan masalah kulit bermula dengan
kekurangan air dalam badan. Ambil supplement, vitamin secara teratur. Gunakan
lipbalm untuk melindungi bibir dan dapatkan tidur yang mencukupi dan
berkualiti. Kalau yang suka mandian panas atau sauna, jangan amalkan selalu ye.
Kredit info: here



Comments
Post a Comment