Bentonite Clay #1


I am so in love dengan Bentonite Clay. Kalau boleh memang nak pakai setiap hari sebab kesan lepas pakai tu buat diri kita rasa kulit kita lah paling lembut dan licin. Kalau dulu memang tak pernah tahu Bentonite Clay ni. Bila dah terjebak dengan Natural dan Organik skincare mulalah search pasalmacam-macam hinggal lah diperkenalkan dengan Bentonite Clay ni.



So, Bentonite Clay apa itu ?
You all boleh juga search nama Montmorillonite. The same info akan keluar. Asalnya dari debu volcanic. Boleh bayang tak debu yang warna kelabu yang keluar dari gunung berapi? Yes macam tu lah rupa Bentonite Clay.

Kelabu-kelabu gitu tapi tulah yang kualitinya bagus.

Warna kelabu (rujuk gambar), texture sangat halus, rasa velveteen gitu, tak berbau dan tidak meninggalkan kesan kotor. Pelik kan. Hurmm~ Seriously kena rasa dulu baru faham.

Tapi debu bukan sebarang debu ok, Bentonite clay ni adalah ‘healing clay’ yang terbaik dan paling effective. Sebab apa tau, Bentonite clay ni mengandungi banyak nutrient dan minerals.

Volcanic ashes memang bagus buktinya selepas letupan gunung berapi, kawasan sekitar akan subur.

Debu kot, tapi dia punya kandungan nutrient dan mineral semua dalam kepekatan tinggi. Contoh? silica, calcium, magnesium, sodium, iron, copper and potassium.

So no wonder lah dapat nama ‘Healing clay’ kan. Dengan semua tu it cleanses and healing at the same time. Like WOW!



Bagus ke Bentonite Clay ni?

Bentonite clay memang terkenal dengan kelebihan dia untuk serap dan buang toxins, heavy metals, impurities, dan bahan kimia. Sebab tulah jugak ia digunakan untuk internal and external detoxification serta membantu mempercepatkan penyembuhan.

Dan paling penting bagi yang ada masalah kulit, Bentonite clay sangat membantu dalam semua jenis masalah kulit dan elergik. Kerana factor ni jugak ia dikomersialkan. Boleh guna untuk macam-macam seperti clay poultice, mud pack , bath, bodycare and skincare.

Itu baru sebahagian dari kegunaan dan manfaat Bentonite Clay nih. Sebenarnya banyak lagi. 

Tetiba rasa macam nak berlari pergi belikan? So, kalau nak rasa betul ke hebat Bentonite clay ni memang kena pergi cari dan amalkan. Then come back here and share with me.

OK?

Kredit: Gambar ehsan Google

Comments

Popular Posts