Menthol Crystal #1


Sebenarnya Menthol Crystal ni bukan bahan yang asing pun. Cuma kita kurang perihatin terhadap penggunaannya dalam hidupan seharian kita.

Ianya salah 1 bahan terbaik yang berasal dari pokok. Menthol crystal ni bahan organic sebenarnya yang banyak digunakan dalam product berunsurkan mint. Contohnya ubat gigi, balm dan cosmetic product.

Ia bagi rasa minty, sejuk berangin gitu. Kalau dalam suhu bilik, ianya dalam bentuk crystal putih jernih seperti ais walaupun asalnya dari tumbuhan.

Kita boleh dapatkannya di farmasi, tapi mestilah handle dengan teliti dan cermat ye. Jangan menghidu secara langsung dan menggunakannya lebih dari yang dicadangkan.

Simpankan di tempat yang jauh dari kanak-kanak dan di tempat yang tiada cahaya secara langsung ataupun partikel debu yang berbahaya. Kalau tak, quality dan keberkesanannya merosot.

Bila dikaji, banyak faedah dan manfaat Menthol Crystal ni. Dan kalau dengan penggunaan yang betul, insyaALLAH boleh meningkatkan kualiti hidup kita. Tapi, tu kita cerita nextime.

Ok.



Kredit: Gambar ehsan dari Google)

Comments

Popular Posts